SMK Jelutong RIVER Ranger
Saturday, 23 June 2012
PROJEK - SABUN
Minyak masak terpakai daripada kantin sekolah dan rumah telah dikitar semula untuk menghasilkan sabun. Dengan ini bahan yang berguna dapat dhasilkan yang sebelum ini dibuang begitu sahaja. Sabun tersebut digunakan bagi tujuan mencuci dan untuk menghasilkan bunga hiasan.
Friday, 22 June 2012
SMK JELUTONG UNGGUL MENJELANG 2012
Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai isu-isu alam sekitar yang semakin meruncing akibat sikap manusia yang rakus mengeksploitasikan sumber-sumber alam untuk kepentingan diri sendiri. Tindakan yang kurang bijak ini telah membawa kesan-kesan negatif terhadap alam.
Dengan yang demikian barisan pentadbiran terpanggil untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta pendidikan alam sekitar merentas kurikulum. Suatu jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 2008 di mana pihak pengurusan SMK Jelutong telah mengenal pasti projek-projek pemeliharaan dan pemuliharaan yang perlu dilaksanakan sebagai langkah untuk menerapkan budaya celik alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. Pelbagai projek telah dijalankan sehingga kini dengan harapan untuk melahirkan generasi yang dapat menyumbang kepada pemeliharaan alam warisan. Semua warga sekolah sama ada pelajar, guru, mahupun pekerja telah berganding bahu dalam menjayakan projek-projek tersebut. Nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan diterap secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
PROJEK : FLEA MARKET
PROJEK 2 : FLEA MARKET
Projek ini melatih pelajar berjimat cermat dan bekerjasama dalam
menjayakan penjualan
barangan digerai masing-masing. Hasil
daripada penjualan barangan dapat digunakan untuk membiayai aktiviti kelab dan
persatuan.
Tarikh Pelaksanaan : 12
April 2012
Pelaksana : Unit Kokurikulum dan Kelab dan
Persatuan SMK Jelutong
Pencapaian : Hasil jualan barangan terpakai dan
lain-lain melalui projek ‘Flea Market’ adalah RM407.00
![]() |
Ahli kelab alam sekitar sedang mempromosikan baragan yg dijual |
![]() |
Baragan yang dijual oleh KAS |
Tuesday, 19 June 2012
PROJEK - LILIN.
Hari ini(19/06/2012)kami ahli kelab Alam Sekitar(SMK JELUTONG)telah mengitar semula minyak masak terpakai... Hasilnya sangat memuaskan.....Kami telah menghasilkan lilin pelbagai haruman contohnya haruman pandan, serai dan haruman minyak wangi. Kami telah menapis minyak masak terpakai dan dipanaskan. Kemudian pewarna dan coagulator dimasukkan. Untuk menghapuskan bau, daun pandan dan serai yang ditumbuk lumat dicampur. Setelah sebati, bahan ini dimasukkan ke dalam bekas kecil untuk dijadikan lilin dan dimasukkan sumbunya.
PROJEK-PROJEK ALAM SEKITAR SMK JELUTONG
![]() |
PROJEK-PROJEK ALAM SEKITAR SMK
JELUTONG
PROJEK 1
: PROJEK 3R – REDUCE, REUSE AND RECYCLE
KESEDARAN
KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Objektif Projek:
- Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti
mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula.
- Meningkatkan kerjasama semua warga sekolah dalam
menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
- Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi
melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
![]() |
Sedang mengasingkan benda yang boleh dikitar semula |

JADUAL KUTIPAN SISA PEPEJAL BAGI
2012
Bulan
|
Jumlah kutipan
|
Kutipan
Wang dari jualan
|
||||
Plastik
|
Kertas hitam putih
|
Surat khabar
|
Kertas campuran
|
Tin aluminium
|
||
20.02.2012
|
10 kg
|
30 kg
|
25 kg
|
40 kg
|
4 kg
|
RM 103.30
|
08.03.2012
|
3 kg
|
5 kg
|
8 kg
|
2 kg
|
2 kg
|
RM 8.90
|
10.05.2012
|
3 kg
|
15 kg
|
12 kg
|
14 kg
|
4 kg
|
RM 48.00
|
Jumlah
|
RM 160.20
|
Monday, 18 June 2012
Carta Organisasi
JAWATANKUASA SMART RANGER
|
Subscribe to:
Posts (Atom)