Friday, 22 June 2012
SMK JELUTONG UNGGUL MENJELANG 2012
Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai isu-isu alam sekitar yang semakin meruncing akibat sikap manusia yang rakus mengeksploitasikan sumber-sumber alam untuk kepentingan diri sendiri. Tindakan yang kurang bijak ini telah membawa kesan-kesan negatif terhadap alam.
Dengan yang demikian barisan pentadbiran terpanggil untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta pendidikan alam sekitar merentas kurikulum. Suatu jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 2008 di mana pihak pengurusan SMK Jelutong telah mengenal pasti projek-projek pemeliharaan dan pemuliharaan yang perlu dilaksanakan sebagai langkah untuk menerapkan budaya celik alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. Pelbagai projek telah dijalankan sehingga kini dengan harapan untuk melahirkan generasi yang dapat menyumbang kepada pemeliharaan alam warisan. Semua warga sekolah sama ada pelajar, guru, mahupun pekerja telah berganding bahu dalam menjayakan projek-projek tersebut. Nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan diterap secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment